-Baca Sekejap Wahai Para
Sahabatku...
Diceritakan di hari pembalasan
kelak, ada seorang hamba Allah
sedang diadili.
Dia dituduh bersalah kerana
mensia-siakan hidupnya di dunia
utk berbuat maksiat.
Namun begitu dia berkeras
membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.
Saya tak pernah malakukan
perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan
engkau betul2 telah
menjerumuskan dirimu sendiri ke
dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke
kanan, lalu merenung segenap
penjuru ruang yg ada.
Kemudian dia pun menyanggah,
"mana saksi2 yg engkau
maksudkan?
Disini tiada sesiapa melainkan aku
dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-
saksimu....."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya
yang memandang,"
Disusuli dengan telinga, "Saya yg
mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan,
"Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan
selambanya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani,
"Saya yang menjilat dan
menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan,
"Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg
berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua
anggota tubuhmu akan
memberikan kesaksian tentang
perbuatan aibmu," ujar malaikat.
Orang tersebut tidak dapat
membuka sanggahnya lagi.
Ia berputus asa dan amat berduka
kerana sebentar lagi ia akan
dihumban ke dalam neraka
jahannam..
Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat
diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda
kesedihan, tiba-tiba terdengar satu
suara yg amat lembut dari sehelai
bulu mata berbunyi,
"Saya pun ingin mengangkat
sumpah untuk menjadi saksi dalam
perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang,
"Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang
ajalnya pada satu malam yang
hening, aku pernah dibasahi
dengan juraian air mata
penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah
dilakukan.
Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seorang hamba yang
ingin bertaubat, walaupun sehelai
bulu mata sahaja yg dibasahi
dengan air mata, demikian itu
diharamkan dirinya dari ancaman
api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata,
berani tampil sebagai saksi
bahawa dia telah bertaubat sampai
membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu,
orang tersebut dibebaskan dari
neraka dan segera dihantar ke
syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk
syurga kerana pertolongan bulu
mata.."
Masya-ALLAH...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar