Sebagai manusia yang lemah,
kesabaran itu merupakan satu
ujian besar buat kita. Apabila kita
melihat tentang sesuatu perkara
yang menguji iman kita, perkara
yang dituntut tidak lain dan tidak
bukan ialah sabar. Terdapat satu
kisah mengenai sifat sabar dan
mengeluh ini. Jom kita hayati
kisah di bawah ini.
Pada zaman dahulu ada seorang
yang bernama Abul Hassan yang
pergi haji di Baitul Haram.
Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat
seorang wanita yang bersinar
dan berseri wajahnya. “Demi
Allah, belum pernah aku melihat
wajah secantik dan secerah
wanita itu,tidak lain kerana itu
pasti kerana tidak pernah risau
dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar
ucapan Abul Hassan lalu ia
bertanya, “Apakah katamu hai
saudaraku ? Demi Allah aku tetap
terbelenggu oleh perasaan
dukacita dan luka hati kerana
risau, dan seorang pun yang
menyekutuinya aku dalam hal
ini.”
Abu Hassan bertanya,
“Bagaimana hal yang
merisaukanmu ?” Wanita itu
menjawab, “Pada suatu hari
ketika suamiku sedang
menyembelih kambing korban,
dan pada aku mempunyai dua
orang anak yang sudah boleh
bermain dan yang satu masih
menyusu, dan ketika aku bangun
untuk membuat makanan, tiba-
tiba anakku yang agak besar
berkata pada adiknya, “Hai
adikku, sukakah aku tunjukkan
padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?” Jawab
adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”
Lalu disuruh adiknya baring dan
disembelihkannya leher adiknya
itu.
Kemudian dia merasa ketakutan
setelah melihat darah memancut
keluar dan lari ke bukit yang
mana di sana ia dimakan oleh
serigala, lalu ayahnya pergi
mencari anaknya itu sehingga
mati kehausan dan ketika aku
letakkan bayiku untuk keluar
mencari suamiku, tiba-tiba
bayiku merangkak menuju ke
periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan
tumpahlah air panas terkena ke
badannya habis melecur kulit
badannya. Berita ini terdengar
kepada anakku yang telah
berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan
hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang
kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya,
“Bagaimanakah kesabaranmu
menghadapi semua musibah yang
sangat hebat itu ?” Wanita itu
menjawab, “Tiada seorang pun
yang dapat membedakan antara
sabar dengan mengeluh
melainkan ia menemukan di
antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan
memperbaiki yang lahir, maka
hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun
mengeluh, maka orangnya tidak
mendapat ganti yakni sia-sia
belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu
cerita yang dapat dijadikan
tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama
dan harus dimiliki oleh setiap
orang yang mengaku beriman
kepada Allah dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari
Allah.
Kerana itu Rasulullh saw
bersabda dalam firman Allah
dalam sebuah hadith Qudsi,:”
Tidak ada balasan bagi hamba-Ku
yang Mukmin, jika Aku ambil
kekasihnya dari ahli dunia
kemudian ia sabar, melainkan
syurga baginya.”
Begitu juga mengeluh. Perbuatan
ini sangat dikutuk oleh agama
dan hukumnya haram. Kerana itu
Rasulullh saw bersabda,:” Tiga
macam daripada tanda kekafiran
terhadap Allah, merobek baju,
mengeluh dan menghina nasab
orang.” Dan sabdanya pula, ”
Mengeluh itu termasuk kebiasaan
Jahiliyyah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum
taubat, maka Allah akan
memotongnya bagi pakaian dari
wap api neraka.” (Riwayat oleh
Imam Majah) Semoga kita
dijadikan sebagai hamba Tuhan
yang sabar dalam menghadapi
segala musibah.
p/s : Kita sentiasa berdepan
dengan ujian Allah samaada suka
ataupun tidak. Belajarlah untuk
Redha.
Kamis, 29 November 2012
Sifat Sabar Dan Mengeluh
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar