Kamis, 29 November 2012

Kisah Sedih Seorang Ibu

Assalamualaikum,Ini  merupakan satu cerita yang agak
sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih
besar daripada segalanya, lebih berharga
daripada nilai gaji yang kita
perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi
sedemikian rupa…bacalah dengan teliti
cerita ini…hergailah mereka selagi kita
masih punyai…kini c.z hanya mempunyai
ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN
DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang
bernama Faizal terlibat dalam
kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah
teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia
cedera parah. Kepalanya luka, tangannya
patah dan perutnya terburai. Setelah
dibawa ke hospital, doktor mendapati
keadaannya terlalu teruk dan
menjangkakan dia tidak ada harapan lagi
untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera
dihubungi dan diberitahu tentang
kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar
berita tentang anaknya itu. Dia segera
bergegas ke hospital tempat anaknya
dimasukkan.Berlinang air mata ibu
melihat keadaan anaknya. Walaupun telah
diberitahu bahawa anaknya sudah tiada
harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah
tetap tidak henti-henti berdoa dan
bermohon kepada Allah agar anaknya itu
selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti
bulan, keadaan Faizal tidak banyak
berubah. Saban hari Jamilah akan datang
menjenguk anaknya itu tanpa jemu.
Saban malam pula Jamilah bangun untuk
menunaikan solat malam bertahajjud
kepada Allah memohon keselamatan
anaknya. Dalam keheningan malam,
sambil berlinangan air mata, Jamilah
merintih meminta agar anaknya
disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk
anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku
dan kasihanilah anak aku. Susah payah
aku membesarkannya, dengan susu aku
yang Engkau kurniakan kepadaku, aku
suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah,
aku pasrah dengan apa jua keputusan-
Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar
Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku
bermohon kepadaMu, Engkau
sembuhkanlah anakku dan janganlah
Engkau cabut nyawanya. Aku sangat
sayang kepadanya. Aku sangat rindu
kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk
hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang
suaranya kedengaran di telingaku
memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan
hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa
Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota
badanku dapat didermakan kepadanya
agar dengannya dia dapat hidup
sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau
ambil sebagai ganti asalkan Engkau
hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah
yang Maha segala hal, berkat kebesaran
Mu ya Allah, terimalah doaku
ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi
sangat kuat walaupun tubuh badan
anaknya hancur cedera dan dikatakan
sudah tiada ada harapan lagi untuk
hidup. Namun, Allah benar-benar mahu
menunjukkan kebesaran dan
kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal
menampakkan tanda-tanda kesembuhan
dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya.
Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya
hingga berumahtangga dan beranak-
pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari
semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir
75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke
hospital. Pada mulanya, Faizal masih
melawat dan menjaga ibunya di hospital.
Tetapi semakin hari semakin jarang dia
datang menjenguk ibunya hinggalah pada
suatu hari pihak hospital
menghubunginya untuk memberitahu
keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di
situ, Faizal dapati keadaan ibunya
semakin lemah. Nafas ibunya turun naik.
Doktor memberitahu bahawa ibunya
sudah tidak ada masa yang lama untuk
hidup. Ibunya akan menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada bila-bila
masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian
dan kononnya beranggapan ibunya
sedang terseksa, lantas Faizal terus
menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik
untuk ibu, maka Engkau matikanlah
ibuku! Aku tidak sanggup melihat
penderitaannya. Yaa Allah, aku akan
redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak
dan doa anak terhadap orang tuanya.
Apabila anak sakit, walau seteruk mana
sekalipun, walau badan hancur sekalipun,
walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan
sekalipun, namun ibu bapa akan tetap
mendoakan semoga anaknya
diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’
pada hari ini akan mendoakan agar ibu
atau bapanya yang sakit agar segera
diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu
baru saja sakit. Mereka meminta pada
Allah agar segera mematikan ibu atau
bapanya kerana kononnya sudah tidak
tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk
ibu bapa anda?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar